Monday, March 22, 2010

Evolusi ~ Slim Santai Holistik



KONGSI ILMU TAMPIL LANGSING
Satu perkongsian lewat 2003 yang mempertemukan saya dengan para sahabat yang menamba sokongan, bantuan dan juga konsultasi serta aspirasi dalam menjayakan impian langsing yang diidamkan. Diam tak diam hampir 60 episod perkongsian secara PERCUMA saya berikan...dan alhamdulillah perjalanan usia, kematangan, penerokaan serta pengalaman KINI KONGSI ILMU TAMPIL LANGSING kembali lagi tapi kali ini LEBIH HOLISTIK..LEBIH KOMPREHENSIF DAN MASA YANG SAMA LEBIH UNIK, MENARIK DAN SEMPOI...

KENAPA KENA SEMPOI???
Satu soalan yang menarik...memang WAJIB nak slim ini menghindari stress sebenarnya kalau tidak stress inilah sebenarnya yang membuatkan tubuh yang sepatutnya memberikan antibodi yang sebaiknya tetapi ini sebaliknya tubuh tadi dok jadi anti-kurus haa ini yang dok cubalaa segala produk pantang orang kata baguih...cuba tapi sayangnya kadang pelaburan, tenaga, wang ringgit dan masa sekadar pelaburan yang sia-sia.Dan INILAH juga antara RAHSIA-RAHSIA dan HIKMAH yang saya pelajari sepanjang perjalanan ini...ada TEKNIK nak cepat, pantas dan berkesan sebenarnya! "Hidup perlukan strategykan...nak strategy pula perlukan ILMU, bila ada ILMU senanglaa menggayakannya...yang sukar PASTI akan lebih mudah ~ inilah PACKAGE dalam diri yang belum dibongkar, insyaAllah dalam siri EVOLUSI SLIM SANTAI HOLISTIK kita akan sama-sama terokainya!!! WOWWW WEE ~ here we go. Ramai katanya nginduuu dgn happening akak sowangnie kat internet khususnya bab-bab inspirasi slimming nie...yang PALING GUMBIRA dengan berita ini juga pastinya sahabat lamaku yang dikasihi dah lama beliau menyuarakan ingin melihat diri ini ligat dan hyper semula cuma 3 tahun lepas situasi kurang mengizinkan tapi kini 2010 insyaAllah...sama-sama kita makmurkan dunia maya ini dengan benih ukhwah, kasih sayang dan inspirasi bagi yang ingin mencarinya! Mudah-mudahan Allah permudahkan...Amin...


KUNCI TRANSFORMASI IMPIAN LANGSING...
Mudah sebenarnya..."KEBENARAN DARI DALAM DIRI" dan juga KESEDARAN DIRI untuk LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DAN ADIL dengan tindakan yang dilakukan...sama ada ingin terus-terusan membiarkan kg, lemak dan toksin terus terperangkap dan membiak dengan suburnya atau menghentikan longgokan serta benjolan-benjolan degil itu.
InsyaAllah dengan KEBENARAN inilah yang membuka ruang-ruang KEINDAHAN dan PENEROKAAN HEBAT POTENSI setiap dari kita sebenarnya...Dengan syarat kena ada ILMU dan STRATEGYNYA...

PENGARUH STRESS DAN MAKANAN DALAM KEHIDUPAN
Inilah antara FAKTOR yang dalam diam ngupanya musuh dalam selimut, kenapa saya nyatakan begitu? Atas pengalaman peribadi , kajian , penerokaan dan maklumbalas klien juga sebenarnya...FAKTA YANG TIDAK DAPAT DISANGKAL lagi lebih-lebih lagi dengan KEMERIAHAN dan KEMAKMURAN produk-produk serta makanan di Malaysia ini...kedai mamak 24 hours, fast food 24 hours...itu belum campur makanan Melayu, Cina, India, Middle East, Thai, Jepun, Korea, Itali...mana taknya dalam diam kita sebenarnya terdidik menjadi "PENAGIH MAKANAN" atau lebih sedap sedikit bunyinya dalam omputih 'food addicted'!

FOOD ADDICTED VS DRUG ADDICT
Biasa mungkin para sahabat yang dikasihi mendengar dan mengikuti kisah-kisah masyarakat...salah satu sebab penagih dadah ini terjebak dengan masalah ketagihan dadah adalah disebabkan TEKANAN HIDUP. Mungkin sahaja bermula dengan masalah putus cinta, kurang kasih sayang, perhatian dan sebagainya dan SALAH SATU CARA untuk mengalihkan TEKANAN itu adalah dengan mengambil dadah, dengan mengambil dadah mangsa ini atau individu tadi dapat 'melupakan sekeitika' masalah yang dialami. INILAH LIVING PROOF yang berlaku hari ini...FAKTA SAHIH! Ingat lagi rancangan realiti tv THE BIGGEST LOSER, salah seorang peserta ada menceritakan pengalaman beliau sendiri yang dibesarkan di dalam keluarga ataupun perkahwinan yang bermasalah dan salah cara yang digunakan untuk 'menenang juga melupakan tekanan keluarga yang dialami' adalah dengan MAKAN...makan..makan dan makan!

KEJUJURAN DIRI TIKET SAYA...
Dan ini jugalah KEJUJURAN DIRI yang pernah saya alami sendiri...kesan dari GRIEVING kehilangan arwah ibu 2007...saya menjadikan eksperimen air tangan ibu serta makanan sebagai salah satu 'coping mechanism saya' waktu itu. Dan hasilnya...dalam tempoh less then 10 month berat normal sekitar 57kg akhirnya boleh mencecah 70kg! SATU REKOD YANG HANYA BOLEH DICECAH DI SAAT CUKUP BULAN NAK MELAHIRKAN ANAK....Namun celik akal dan kesedaran serta impak berat badan dan toksin yang berlonggok membuat saya tekad menggunakan ilmu juga skill yang ada menurunkan berat badan saya...alhamdulillah within less then 1 minggu saya berjaya menurunkan hampir 7kg...applikasi kekuatan dan POTENSI MINDA, SPRITUAL, EMOSI DAN FIZIKAL yang mana applikasi pengambilan produk turut diamalkan serentak. Semuanya gara-gara hormon dah tidak harmoni...inbalance hormon...dan dimaklumkan oleh gynae dah 'pearl cysct' ini yang ditakuti sebabnya kita memang sedia maklum bermula dari cysct ini yang kadang boleh merebak menjadi kanser dan sebagainya...mengerikan! Tambah pula waktu ini memang berhajat untuk menambah cahayamata...dah kalau ibu kurang sihat dok melonggok lemak, toksin bahan tercemar dalam tubuh macam manalaa agaknya baby nak sihat dan sejahtera dalam rahim ibu...inilah yang MEMBUATKAN SAYA mengambil langkah drastik!

Ujian Allah...RAHMAT menanti!
Masuk minggu kedua dan ketiga saya agak kecewa sedikit sebenarnya kerana berat badan saya agak stagnant...tak banyak perubahan...Subhanallah! Maha Suci Allah rupa-rupanya sudah ada nyawa di dalam rahimku...MasyaAllah...hanya kesyukuran yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi...Disinilah saya LEBIH MENGENAL POTENSI DIRI saya lebih mendalam lagi berbekal ilmu dan dislpin perlakuan tingkahlaku manusia iaitu bidang kaunseling psikologi yang saya dalami! Memang CANTIK sekali ujian Allah...ia menemukan saya dengan HUBUNGKAIT DAN KEAJAIBAN ILAHI...interaksi stress, tubuh dan hikmah di dalamnya! Jika tahun-tahun MENYERLAH saya 2003 hingga 2007 (sebelum mengambil keputusan bersara sementara untuk memberikan penumpuan kpd Klinik Kaunseling) dalam KONGSI ILMU TAMPIL LANGSING saya mampu membimbing kejayaan pelanggan saya dengan rekod-rekod yang MENGUJAKAN...

Penurunan 20kg dalam masa 2 setengah bulan...
Penurunan 10 kg dalam masa 1 bulan...
Penurunan 13kg dalam masa 3 minggu...
Penurunan 6kg dalam masa 1 bulan...

Ini SEMUA BUKAN omongan kosong...masih ada rekod-rekod mereka dan testimoni dalam blog infolangsing saya yang sudah tidak aktif lagi, tidak percaya boleh lihat sendiri http://infolangsing.blogspot.com ...dan alhamdulillah KINI tahun 2010 Kongsi Ilmu Tampil Langsing kembali lagi dalam EVOLUSI PENUH WARNI...PENUH KEINDAHAN ~ Penerokaan Potensi Diri Yang Bakal Digemerlapkan SINARNYA...bagi yang SERIOUS dan INGIN dibantu...

ASPIRASI SAYA MASIH SAMA SEPERTI DAHULU...
Bermula dengan keinginan yang mendalam ingin membantu dan melihat transformasi indah impian langsing para sahabat...bukan tak tahu, bukan tak biasa...kalau telinganie ibarat dah lali dengan kritikan dan sindiran...balak hanyutlaa, dugong, tong drumlaa, beruanglaa...ada yeast dalam badanlaa pendek kata semuanya SANGAT MENGURIS emosi dan perasaan sebenarnya untuk ditelan! Dan LEBIH ISTIMEWA lagi bagi yang ingin dibantu, dibumbing...ingin mencari sumber pendapatan sampingan...minat tapi tidak tahu nak bermula bagaimana...haa disinilah bermulanya EKSPOLARASI INDAH...KEAJAIBAN DAN POTENSI DIRI yang very unsangkarable!!! Macam manatu...camnielaaa...cuba dahulu...istiqamah, jujur, displin...BERI RUANG, BERI PELUANG! Dan bila sudah menikmati HASIL TRANSFORMASI yang diinginkan tak payah cakap banyak dah...LET YOUR BODY AND RECENT KG SPEAK FOR YOUR BISNESS!!! "DIRI ANDA ADALAH ASET PERNIAGAAN ANDA YANG SANGAT BEHARGA"!!! Itulaaa aspirasi RAHSIA membimbing downline di bawah saya suatu ketika dahulu...tak payah susah-susah ~ KEJUJURAN & KEIKHLASAN kita insyaAllah pasti Allah akan mempermudahkan perjalanan kita. Lebih istimewa lagi kali ini dengan ilmu , pengalaman,produk, penerokaan yang semakin UPGRADE dan UPTODATE ...pastinya ilmu ini yang akan dibawakan perkongsian pada??? ...EKSLUSIF pada pelanggan , klien dan sahabat yang mendambakannya.

No comments:

Post a Comment